Wednesday 24 April 2013

Musim Pilihan Raya..Hari Raya

Wahhhhh...meriah di sana-sini warna bendera..ada kecik ade besor..ade tinggi ade rendah..masing-masing menunjukkan kretiviti membuat replika masing..

Cik Jari tumpang seronok tengok macam nak hari raya jer kan..Tapi mestilah mengikut undang-undang yang telah ditetapkan SPR..jangan pacak bendera ditempat yang dilarang..bangunan atau premis suka suki kita..tak boleh..salah tu..

Jangan mengutuk ada poster berbaur kutukan atau kata mengata.. Kempen lah dengan elok..Insyallah orang tengok pon berkenan nak mengundi calon tu nanti..tak gitu..

Cik Jari jalan-jalan berblogwalking tengok macam-macam orang bercerita tentang hal sekarang ni..masing-masing nak tunjuk terror kot..tapi ntahla kan..pendapat masing-masing kan.. cam isu tengah hangat sekarang ni isu kertas undi yang tersebarnya di laman-laman sosial..bagi Cik Jari la kan..orang yang terus buat andaian tu tahu ke cerita sebenar. Padahal dengan sekeping gambar boleh timbul macam-macam spekulasi.. sekarang orang sengaja tengah cari nak bahankan SPR kot.

Cik Jari tak sebelah mana-mana pihak.. tapi yang Cik Jari tau la kan bila Cik Jari jalan-jalan jengok Portal PRU KE-13 tu www.pru13.gov.my tu memang banyak info..tak payah tanya dah kat pegawai SPR..kita sendiri boleh tau..cukup lengkap rasanya. Klik saja pada colum Pusat Informasi..perghhhh macam-macam ada habaq hang..Kalau Cik Jari ni pengundi kali pertama pon Cik Jari paham dah. Apa nak kena buat, apa nak kena bawak..

www.pru13.gov.my
Bagi Cik Jari la kan..kita sebagai manusia berakal jangan terus terima sesuatu tanpa usul periksa, cek dulu sahih ke tak..Bagi Cik Jari SPR dah cukup telus kot..Nak apa lagi..tong undi dah transparent, dah boleh bawak orang yang dipercayai bagi orang buta yang nak mengundi. Dakwat kekal? rasanya baguslah SPR buat dakwat kekal tu sebab nak tunjukkan lagi bahawa tiada penyamaran yang dilakukan dan tiada pengundian kali kedua seperti yang telah dituduh bagi sesetengah pihak.

Macam kes kertas undi yang tersebar tu.. itu memang la dah ada kat tangan pengundi pos..sebab kertas undi pos dah diposkan awal ckit dari kertas undi pos luar negara.Bila Cik Jari tengok rasa nak tergelak terbahak-bahak..nampak sangat org yang post dan orang yang share tu bengong..hahah maap nak kata la kan sebab terbentang BORANG 2 untuk pengeluaran undi pos..sebab apa ditulis no siri kertas undi sebab nak menandakan kertas undi tersebut dah diceraikan dari buku kertas undi dan telah dihantar..dan tak jadi isu mengundi dua kali SEBAB macam mana pon nama pengundi tu dah ditandakan di buku daftar pemilih ikut bahagian masing-masing...
Pic Cik Jari amik dari FB

Pastu pulak isu kenapa pengundi pos tak calit dakwat..nama pon PENGUNDI TIDAK HADIR..memang la tak ditandakan dengan dakwat.. lagipon kalau dia taknak undi..so tak payah lah dia tanda pada kertas undi tu dan tak payah pos semuala pada pegawai pengurus..simpan buat kenangan. hehe takkan posmen nak bawak dakwat kekal kot..tak pasal2 orang tahan posmen tu curi dakwat kekal..ye lah sekarang ada jer yang nak cari salah kan..hehe

Cik Jari bukan pandai sangat bab politik..tapi Cik Jari hanya meluahkan jer..apa yang Cik Jari tengok dalam portal tu pon dah cukup lengkap.So hentikan sebar-sebar fitnah yang tak berasas..kaji dulu..tanya dulu betul atau tidak.

Sekian bebelan CIk Jari heheheh

No comments:

Post a Comment