Monday 29 April 2013

Demam Pilihan Raya.. Demam Gwiyomi

Assalamualaikum sume..

Petang-petang yang redup ni rasanya ada yang panas jugak kot disebabkan sekarang kan demam PRU13..berkempen sana-sini dan ada yang mencari rezeki dimusim pilihan raya dengan mengambil upah memasang bendera, dikhabaarkan ada yang membayar upah satu bendera dipacak dibayar RM5.00 wahhh..memang kayo laa pakcikk kalo camtuu..


sumber encik google..

Akibat mengejar wang saku dan kerja part time yang berbaki beberapa hari sahaja untuk mengundi ..diingatkan jangan gila mengejar duit poket sehingga lupa keselamatan diri..contoh memanjat pokot dijulang yang tinggi untuk memasang bendera..memanjat tiang letrik..Oiiii Cik Jari nak pesan kat korang..bahaya anak oiii pikir sama..duit boleh dicari..korang ade nyawa lain ke simpan dalam peti ais..jangan..jangan...pasang tempat2 yang mudah sudah la..tak payah nak membahayakan diri sendiri..ingatlah orang yang tersayang,.

Ermm ni sama naik jugak..orang pakat gila wat video Gwiyomi tu haha betul ke tak cara ejaan tu Cik Jari pon tak berapa nak pasti hahaha..dari pompuan comel sampai la ke Jantan keparat yang Cik Jari rasa nak lempang laju-laju bila wat video comel gadis Korea tu katenyerrr..hahaha

korang tgk video kat bawah nih

yang nampak la comel..

yang ini rasa nak tampor je kan haha..



Wednesday 24 April 2013

Musim Pilihan Raya..Hari Raya

Wahhhhh...meriah di sana-sini warna bendera..ada kecik ade besor..ade tinggi ade rendah..masing-masing menunjukkan kretiviti membuat replika masing..

Cik Jari tumpang seronok tengok macam nak hari raya jer kan..Tapi mestilah mengikut undang-undang yang telah ditetapkan SPR..jangan pacak bendera ditempat yang dilarang..bangunan atau premis suka suki kita..tak boleh..salah tu..

Jangan mengutuk ada poster berbaur kutukan atau kata mengata.. Kempen lah dengan elok..Insyallah orang tengok pon berkenan nak mengundi calon tu nanti..tak gitu..

Cik Jari jalan-jalan berblogwalking tengok macam-macam orang bercerita tentang hal sekarang ni..masing-masing nak tunjuk terror kot..tapi ntahla kan..pendapat masing-masing kan.. cam isu tengah hangat sekarang ni isu kertas undi yang tersebarnya di laman-laman sosial..bagi Cik Jari la kan..orang yang terus buat andaian tu tahu ke cerita sebenar. Padahal dengan sekeping gambar boleh timbul macam-macam spekulasi.. sekarang orang sengaja tengah cari nak bahankan SPR kot.

Cik Jari tak sebelah mana-mana pihak.. tapi yang Cik Jari tau la kan bila Cik Jari jalan-jalan jengok Portal PRU KE-13 tu www.pru13.gov.my tu memang banyak info..tak payah tanya dah kat pegawai SPR..kita sendiri boleh tau..cukup lengkap rasanya. Klik saja pada colum Pusat Informasi..perghhhh macam-macam ada habaq hang..Kalau Cik Jari ni pengundi kali pertama pon Cik Jari paham dah. Apa nak kena buat, apa nak kena bawak..

www.pru13.gov.my
Bagi Cik Jari la kan..kita sebagai manusia berakal jangan terus terima sesuatu tanpa usul periksa, cek dulu sahih ke tak..Bagi Cik Jari SPR dah cukup telus kot..Nak apa lagi..tong undi dah transparent, dah boleh bawak orang yang dipercayai bagi orang buta yang nak mengundi. Dakwat kekal? rasanya baguslah SPR buat dakwat kekal tu sebab nak tunjukkan lagi bahawa tiada penyamaran yang dilakukan dan tiada pengundian kali kedua seperti yang telah dituduh bagi sesetengah pihak.

Macam kes kertas undi yang tersebar tu.. itu memang la dah ada kat tangan pengundi pos..sebab kertas undi pos dah diposkan awal ckit dari kertas undi pos luar negara.Bila Cik Jari tengok rasa nak tergelak terbahak-bahak..nampak sangat org yang post dan orang yang share tu bengong..hahah maap nak kata la kan sebab terbentang BORANG 2 untuk pengeluaran undi pos..sebab apa ditulis no siri kertas undi sebab nak menandakan kertas undi tersebut dah diceraikan dari buku kertas undi dan telah dihantar..dan tak jadi isu mengundi dua kali SEBAB macam mana pon nama pengundi tu dah ditandakan di buku daftar pemilih ikut bahagian masing-masing...
Pic Cik Jari amik dari FB

Pastu pulak isu kenapa pengundi pos tak calit dakwat..nama pon PENGUNDI TIDAK HADIR..memang la tak ditandakan dengan dakwat.. lagipon kalau dia taknak undi..so tak payah lah dia tanda pada kertas undi tu dan tak payah pos semuala pada pegawai pengurus..simpan buat kenangan. hehe takkan posmen nak bawak dakwat kekal kot..tak pasal2 orang tahan posmen tu curi dakwat kekal..ye lah sekarang ada jer yang nak cari salah kan..hehe

Cik Jari bukan pandai sangat bab politik..tapi Cik Jari hanya meluahkan jer..apa yang Cik Jari tengok dalam portal tu pon dah cukup lengkap.So hentikan sebar-sebar fitnah yang tak berasas..kaji dulu..tanya dulu betul atau tidak.

Sekian bebelan CIk Jari heheheh

“Perangai Zain Mencabar Tahap Kesabaran Juri!” – Chef Jo Tweet

Hohohoho.. apa kena plak dengan Zain si BF kesayangan Che Ta kita ni nakk..Mak tak paham la haha macam-macam...Cik Jari selalu jugak tengok Masterchef selebriti yang baru ni..ramai artis yang amik bahagian cam Datuk Aznil kate koo..rezeki dia dah dapat Datuk..Ko hado?? datuk berpangkat ker??Datuk Gelaran? hihihi

Ehh patah balik cite pasal Zain td..ape kes yang Ketua Juri Papa Jo kata mencabar tahap kesabaran dia.. Disebalik adegan masak memasak nih..timbullah kontroversi yang tak sedap didengaq kononnya si bakal laki Che Ta ni dipaham kan menunjukkan sikap yang kurengg lah kann..



Dikatakan Papa Joe ni bengkek ngan dia sebab Zain ni takmo langsung dengaq cakap org..dikhabarkan jugak Si Zain ni marah2 orang krew produksi apabila diminta salin resepi yang dimasak. Ewahhh..

Sepanjang berada di Masterchef tu Papa Jo jugak selalu nampak Zain akan amik sebijik epal walopun resepi dia tak gunakan epal..kadang-kadang jugak ambil sekotak susu dan bukan digunakan untuk memasak malah amik untuk minum..ishh..tak patut la kan..


Macam-macam lagi lah cerita yang dikatakan dia ni suka potong cakap juri bila juri bagi komen.Tak syok la kan..bila orang cakap pasal perangai kita..harap dia berubah la dengan perangai macam tu kan..Sok dah nak jadi suami orang..hehe

Peace Yo!!

Tuesday 23 April 2013

Hari Ini Dalam Sejarah

Hari Ini Dalam Sejarah??

Sebab apa Cik Jari cakap camtu? sebab Cik Jari penah buat blog..tapi dah lama bersarang habaq hang..password pon dah lupa..hari ni baru sempat nak creat yang baru..biasa laa..tengah rajin-rajin ni kan..untung2 bleh kaya cam Hanis Zalikha ka..Cita benda hari2 ja pon..bukan cerita bab politik ka, bab saham ka kan..hihihi

Okeh baru sikit ni..dah nampak gaya-gaya nak membebel panjang..sabolah nakk.. Mak memang camni habaq hang..